Thursday, January 23, 2014

Guruku KH Sahal Mahfudz Telah Wafat

Gambar terakhir yang penulis
sempat dapatkan sebelum beliau wafat
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... Telah wafat guru ana, KH Sahal Mahfudz. Ana sempat bertalaqqi dengan beliau kitab Usul Fiqh iaitu karangan Syarah Nazam al-Waraqat oleh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Syarh Mantiq oleh al-Taftazani, kitab Tasawwuf oleh Abdul Wahab al-Sya'rani. Beliau jugalah yang mengarang banyak kitab Usul Fiqh dalam bahasa Arab yang sempat ana mengaji adalah al-Bayan al-Mulamma' Syarh al-Luma'. Penulis juga sempat diberi Ijazah Ammah melalui sanad Syaikh Yasin al-Fadani dan beberapa ulama lain yang beliau sempat kumpulkan di Mekkah. Terakhir, penulis sempat bertemu beliau di kediaman beliau di Kajen pada bulan Oktober 2014 ketika menghantar Sidi Peter Sanders @ Abdul Adheem Sanders untuk menyelesaikan buku beliau berjudul Meeting with Mountains. Ketika itu, sidi Peter bertanya apakah jalan keluar untuk keluar dari kemelut yang melanda umat Islam sekarang. Jawaban Mbah Sahal: "Iya Pendidikan". Ketika itu beliau sedang berada di atas kerusi roda. Semoga beliau yang juga Rais Amm PBNU dan juga Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendapatkan khusnul khatimah. Sungguh umat Islam Nusantara dalam kerugian dengan kepergian beliau. Lahu al-Fatihah.

No comments: